Sejarah Kita

View previous topic View next topic Go down

Sejarah Kita

Post  Silaturrahim on Sat Nov 22, 2008 4:16 pm

Persatuan Bahasa Arab telah diilhamkan oleh pensyarah Kursus Bahasa Arab Moden iaitu Tuan Hj. Mohamad Khairul Azman bin Ajuhary pada awal tahun 2007. Pada asalnya Bahasa Arab Moden adalah salah satu unit dalam Kelab Bahasa Moden yang juga menggabungkan bahasa-bahasa asing yang lain seperti bahasa Jerman, bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris. Bagaimanapun menyedari bahawa potensi bahasa Arab boleh dikembangkan menerusi aktiviti-aktiviti khusus yang membabitkan bahasa Arab, maka beliau telah mencadangkan agar Persatuan Bahasa Arab UPSI ditubuhkan. Maka pada 4 April 2007 satu mesyuarat yang melibatkan Tuan Hj. Mohamad Khairul Azman bin Ajuhary dan sepuluh orang pelajar UPSI yang juga merupakan ahli-ahli mesyuarat penaja persatuan Bahasa Arab telah diadakan.
Mesyuarat ini bertujuan merangka penubuhan persatuan Bahasa Arab dan cadangan aktiviti-aktiviti untuk persatuan.Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha yang bersungguh-sungguh dan cita-cita untuk memartabatkan bahasa Arab yang juga merupakan bahasa Al-Quran maka pada tahun 2008 ini, secara rasminya Persatuan Bahasa Arab UPSI telah didaftarkan.Semoga Persatuan Bahasa Arab menjadi wadah dan platform untuk kita sama-sama mempelajari, memahami dan mengamalkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian.(^^)


--------------------------------------------------------------------------------
Any questions/problems please contact us at pba.upsi@gmail.com or http://pba-upsi.blogspot.com

Thank you,
Persatuan Bahasa Arab Support Staff.


Last edited by Admin on Sat Nov 22, 2008 8:18 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : No reason)

Silaturrahim
Administrator
Administrator

Number of posts : 4
Lokasi : Menjalar di atas muka bumi
Pekerjaan : Pelajar
Amaran :
0 / 1000 / 100

Registration date : 22/11/2008

View user profile http://pbaupsi.megabb.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum